Friday 20 February 2015

PEMBUKAAN

Maktab Mahmud Yan

TUGASAN PROJEK PRINSIP PERAKAUNAN (3756/3)






NAMA : 

ANGKA GILIRAN :

NOMBOR KAD PENGENALAN : 

GURU PENTAKSIR : PUAN ROHAIZAT BINTI  
                                     ZAINOL













ISI KANDUNGAN
Bil
Kandungan
Muka Surat
1
Perakauan calon

2
Penghargaan

3
Pengenalan

4
Profil Perniagaan

5
Perancangan urusniaga

6
Dokumen perniagaan

7
Buku catatan pertama

8
Lejar

9
Pengiraan stok akhir

10
Imbangan duga

11
Penyata pendapatan

12
Kunci kira-kira

13
Rumusan

14
Lampiran



PENGHARGAAN

PENGHARGAAN

Tugasan projek ini dapat saya laksanakan dengan sempurna serta lancar dengan bantuan kerjasama daripada beberapa pihak. Dengan mengambil kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih atas kerjasama pihak-pihak yang telah memberi sumbangan yang sungguh bermakna ini kepada saya sehingga tugasan ini dapat disiapkan. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru Prinsip perakaunan saya, Cikgu Rohaizat bt. Zainol kerana memberi peluang kepada saya membuat projek ini disamping memberi bimbingan dan panduan kepada saya serta sokongan penuh ibu bapa dalam penghasilan tugasan ini amat saya hargai. Penghargaan ini saya tujukan kepada pemilik Easy North Mobile kerana sudi meluangkan masa dalam memberi maklumat dan tunjuk ajar yang banyak membantu saya untuk menjayakan tugasan projek ini.

PENGENALAN PERNIAGAAN

PENGENALAN PERNIAGAAN

Saya ____________________ telah menubuhkan Mizan Partique Enterprise pada 1 Ogos 2012 dengan modal sebanyak RM 143,000 sebagai modal perniagaan. Perniagaan saya ialah Perniagaan milikan tunggal yang menjual telefon yang berjanama Samsung,Sony,Oppo dan Alcatel.

                Saya menguruskan perniagaan saya di alamat Premis 49A,Bangunan Stark Industries,05117,Wilayah Persekutuan Putrajaya. Saya dibantu oleh lima orang pekerja iaitu Abdul Rahman, Abdul Rahim, Abdul Razak , Abdul Fattah dan Nasrullah yang dibayar gaji sebanyak RM 1000 setiap seorang.

                Saya memilih untuk meneruskan perniagaan menjual pelbagai jenis telefon dan aksesori kerana telefon bimbit menjadi salah satu  keperluan oleh penduduk setempat. Selain itu, saya mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi telekomunikasi. Oleh itu,perniagaan ini dapat memudahkan kerja saya. Disamping itu, bidang telekomunikasi juga berpotensi untuk berkembang maju kerana manusia menggunakan teknologi sebagai barang keperluan. Akhir sekali,bidang ini juga dapat mengaut keuntungan yang lumayan.

                Kedai saya menawarkan potongan harga  sebanyak 25% setiap tahun pada musim perayaan. Selain itu, pekerja di kedai saya peramah dan mesra. Jadi, mudahlah untuk menarik perhatian pelanggan. Seterusnya, kedai saya juga menjual pelbagai jenis aksesori yang sesuai untuk semua jenis telefon. Akhir sekali, kedai saya mempunyai ruang yang luas untuk keselesaan pelanggan.
               
                Saya faham dengan melibatkan diri dalam perniagaan telefon bimbit,saya akan berdepan dengan pelbagai risiko antaranya  seperti menanggung segala kos dan sebarang kerugian serta menghadapi persaingan yang sengit dengan kedai telefon yang lain.



PROFIL PERNIAGAAN

Profil  Perniagaan
i
Nama Perniagaan
Mizan Partique Enterprise
ii
Nama Pemilik
Ahmad Hamizan 
iii
Lokasi
Premis 49A, Bangunan Stark Industries, 05117, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
iv
Jenis Perniagaan
Milikan Tunggal
v
Tempoh Perakaunan
1 Ogos  – 31 Julai
vi
Tempoh Rekod
Sebulan
1 Ogos 2014 – 31 Ogos 2014
vii
Modal Perniagaan
RM 143 000
viii
Jumlah Pekerja
Lima orang
(Abdul Rahman, Abdul Rahim, Abdul Razak,
Abdul Fattah, Nasrullah)
ix
Status Perniagaan
Meneruskan Perniagaan
x
Nama dan Alamat Bank
POWER BANK,
 Jalan Lencong Barat,08000 Sungai Petani.
xi
Nombor Akaun




PERANCANGAN URUSNIAGA

PERANCANGAN URUSNIAGA
Bil.
Tarikh
Urusniaga
Dokumen
Komponen
1.
1 Ogos 2014
(Jumaat)
Meneruskan perniagaan dengan modal sebanyak RM 143 000 yang terdiri daripada:
Lekapan                 RM 8 000
Stok                       RM 80 000
Bank                      RM 25 000
Tunai                     RM 3 000
Penghutang              RM 5 000  
Memo
Catatan Permulaan
2.
2 Ogos 2014
(Sabtu)
Pemilik memindahkan RM 10 000 dari bank ke akaun pejabat untuk kengunaan perniagaan.
Keratan cek
Catatan
Contra
3.
2 Ogos 2014
(Sabtu)
Membeli satu unit rak pameran RM 1500 secara tunai.
Invios Asal
Perolehan
Aset
4.
3 Ogos 2014
(Ahad)
Beli secara kredit 30 unit telefon Samsung daripada Hassan Telecomunication dengan harga RM 1000 seunit. Jumlah bersih ialah RM 30000.
Invios Asal
Kos Jualan
5.
4 Ogos 2014
(Isnin)
Beli secara tunai 25 unit telefon Alcatel daripada Nasir Trading dengan harga   RM 500 seunit. Jumlah bersih ialah
RM12500.Bayaran melalui cek.
Bil Tunai (asal)
Kos Jualan
6.
5 Ogos 2014
(Selasa)
Jual secara kredit 10 unit telefon Samsung kepada Ikwan Mobile dengan harga
RM 2000 seunit. Jumlah bersih ialah
RM 20000.
Invois (salinan)
Jualan Bersih
7.
6 Ogos 2014
(Rabu)
Jual secara tunai 5 unit telefon Alcatel kepada Irfan Enterprise dengan harga
RM 1000 seunit. Jumlah bersih ialah
RM 5000. Bayaran melalui tunai.
Bil Tunai
(salinan)
Jualan Bersih
8.
8 Ogos 2014
(Khamis)
Beli secara kredit 15 unit telefon Oppo daripada Hanif Communication dengan harga RM 2000 seunit. Jumlah bersih ialah RM 30000.
Invois
(asal)
Kos Jualan
9.
9 Ogos 2014
(Jumaat)
Memberi derma kepada Rumah Orang Tua Sentosa sebanyak RM 500
Resit Rasmi
(asal)
Pembayaran
10.
10 Ogos 2014
(Sabtu)
Jual secara tunai 2 unit telefon Oppo kepada Datuk Malik dengan harga
RM 2500 seunit. Jumlah bersih ialah
RM 5000. Bayaran melalui tunai.
Bil Tunai  (salinan)
Jumlah Bersih
11.
10 Ogos 2014
(Ahad)
Membayar kepada Hassan Telecommunication RM 15 000 secara cek kerana membeli telefon Samsung.
Resit Rasmi (asal)
Pembayaran
12.
11 Ogos 2014
(Isnin)
Jual secara kredit 15 unit telefon Alcatel kepada Amsyar Enterprise dengan harga RM 1000 seunit. Jumlah bersih ialah RM 15000
Invois
(Salinan)
Jualan Bersih
13.
12 Ogos 2014
(Selasa)
Beli secara tunai 20 unit telefon Alcatel daripada Nasir Trading dengan harga RM 500 seunit. Jumlah bersih ialah RM 10000. Bayaran melalui cek
Bil tunai
(asal)
Kos Jualan
14.
12 Ogos 2014
(Selasa)
Jual secara tunai 15 unit telefon Samsung kepada Zakwan Enterprise dengan harga RM 2000 seunit. Jumlah bersih ialah RM 30000. Bayaran melalui cek
Bil Tunai
(salinan)
Jualan Bersih
15.
13 Ogos 2014
(Rabu)
Beli secara tunai 10 unit telefon Sony daripada Azman Enterprise dengan harga RM 1500 seunit. Jumlah bersih ialah RM 15000. Bayaran melaui cek.
Bil tunai
(asal)
Kos Jualan
16.
15 Ogos 2014
(Khamis)
Jual secara tunai satu unit telefon Sony kepada Encik Wan Iman dengan harga
RM 1800 seunit. Jumlah bersih ialah
RM 1800. Bayaran melalui tunai.
Bil Tunai
(salinan)
Jualan Bersih
17.
16 Ogos 2014
(Jumaat)
Jual secara kredit 8 unit telefon Oppo kepada Mujahid Mobile dengan harga
RM 2500 seunit. Jumlah bersih ialah
RM 20000.
Invois
(Salinan)
Jualan Bersih
18.
17 Ogos 2014
(Sabtu)
Menerima daripada Ikwan Mobile
RM 15000 secara cek kerana membeli telefon Samsung.
Resit Rasmi (salinan)
Penerimaan
19.
18 Ogos 2014
(Ahad)
Menerima komisen sebanyak RM 2000 daripada pembekal Nasir Trading dengan tunai.
Baucer Pembayaran
Penerimaan
20.
19 Ogos 2014
(Isnin)
Jual secara kredit 5 unit telefon Sony kepada Amir Mobile dengan harga
RM 1800 seunit. Jumlah bersih ialah
RM 9000
Invois
(salinan)
Jualan Bersih
21.
20 Ogos 2014
(Selasa)
Pemilik mengambil 1 unit telefon Oppo yang bernilai RM 2500 untuk dihadiahkan kepada seorang rakan yang baru melangsungkan perkahwinan.
Memo
Ambilan Barang Niaga
22.
23 Ogos 2014
(Khamis)
Membayar kepada Hanif Communication sepenuhnya hutang melalui cek.

Resit Rasmi (asal)
Penerimaan
23.
25 Ogos 2014
(Sabtu)
Menerima daripada Amsyar Enterprise
RM 15000 secara cek kerana membeli telefon Alcatel
Resit Rasmi
(salinan)
Penerimaan
24.
28  Ogos 2014
(Selasa)
Membayar gaji pekerja RM 5000 secara cek
Baucer Pembayaran
Pembayaran
25.
28 Ogos 2014
(Selasa)
Menerima daripada Mujahid Mobile RM 1500 kerana membeli telefon Oppo dengan cek.
Resit Rasmi
(salinan)
Penerimaan
26.
29 Ogos 2014
(Rabu)
Menerima daripada Amir Mobile
RM 9000 kerana membeli telefon Sony dengan tunai.
Resit Rasmi (salinan)
Penerimaan
27.
30 Ogos 2014
(Khamis)
Membayar kadar bayaran RM 1000
Baucer
Bayaran
Pembayaran
    28.     
31 Ogos 2014
(Jumaat)
Ditentukan Berdasarkan Baki Daripada Kad Stok
Kad Stok
Stok Akhir