Friday 20 February 2015

PENGENALAN PERNIAGAAN

PENGENALAN PERNIAGAAN

Saya ____________________ telah menubuhkan Mizan Partique Enterprise pada 1 Ogos 2012 dengan modal sebanyak RM 143,000 sebagai modal perniagaan. Perniagaan saya ialah Perniagaan milikan tunggal yang menjual telefon yang berjanama Samsung,Sony,Oppo dan Alcatel.

                Saya menguruskan perniagaan saya di alamat Premis 49A,Bangunan Stark Industries,05117,Wilayah Persekutuan Putrajaya. Saya dibantu oleh lima orang pekerja iaitu Abdul Rahman, Abdul Rahim, Abdul Razak , Abdul Fattah dan Nasrullah yang dibayar gaji sebanyak RM 1000 setiap seorang.

                Saya memilih untuk meneruskan perniagaan menjual pelbagai jenis telefon dan aksesori kerana telefon bimbit menjadi salah satu  keperluan oleh penduduk setempat. Selain itu, saya mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi telekomunikasi. Oleh itu,perniagaan ini dapat memudahkan kerja saya. Disamping itu, bidang telekomunikasi juga berpotensi untuk berkembang maju kerana manusia menggunakan teknologi sebagai barang keperluan. Akhir sekali,bidang ini juga dapat mengaut keuntungan yang lumayan.

                Kedai saya menawarkan potongan harga  sebanyak 25% setiap tahun pada musim perayaan. Selain itu, pekerja di kedai saya peramah dan mesra. Jadi, mudahlah untuk menarik perhatian pelanggan. Seterusnya, kedai saya juga menjual pelbagai jenis aksesori yang sesuai untuk semua jenis telefon. Akhir sekali, kedai saya mempunyai ruang yang luas untuk keselesaan pelanggan.
               
                Saya faham dengan melibatkan diri dalam perniagaan telefon bimbit,saya akan berdepan dengan pelbagai risiko antaranya  seperti menanggung segala kos dan sebarang kerugian serta menghadapi persaingan yang sengit dengan kedai telefon yang lain.



No comments:

Post a Comment